Proses Untuk Kekal Nombor Lama Ke Tune Talk (Proses Port-In).

Sebagai pengguna baru Tune Talk,anda diberi pilihan untuk kekal nombor lama nombor handphone dari telco lain yang anda pakai sekarang ke dalam Telco Tune Talk/sim kad Tone Excel ini.Proses ini dipanggil Port-In ataupun MNP atau kekal nombor lama Tone Excel.Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel

Adakah anda hendak gunakan proses Port In/Kekal Nombor Lama Tone Excel guna cara sebelum tahun 2015?Saya rasa ia susah kerana anda perlu meluangkan masa beberapa ketika untuk meneliti format sms yang seharusnya digunakan dan lagi nak pastikan ianya tidak tersilap.Saya cadangkan anda buat proses Port In/Kekal Nombor Lama melalui cara paling baru tahun 2015 iaitu klik saja butang ‘Port In PT‘ yang saya sediakan di bawah ini.

Kekal Nombor Lama Tone Excel Kekal Nombor Lama Tone Excel Kekal Nombor Lama Tone Excel

Caranya ‘simple’.Selepas klik,Isikan saja kesemua 8 kotak yang disediakan(juga ditandakan dengan perkataan ‘Wajib Diisi‘) dengan maklumat sepertimana maklumat yang anda gunakan untuk pendaftaran/pengaktifan sim kad Tone Excel/no. Tune Talk yang ingin di port in ini dulu.Jangan sedikit pun berbeza.Maklumat yang perlu diisi: Port In Tone ExcelNama Penuh*:(Nama penuh sepertimana yang digunakan untuk daftarkan simkad Tone Excel yang ingin diport in ini dulu) Port In Tone ExcelNo. SN*:(No. SN pada simkad Tone Excel yang ingin di port in ini) Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone ExcelNo.PUK*:(No. PUK pada simkad Tone Excel yang ingin di port in ini) Kekal Nombor Lama Tone ExcelNombor. IC*:(Nombor IC sepertimana yang digunakan untuk daftarkan simkad Tone Excel yang ingin diport in ini dulu) Port In Tone ExcelAlamat Penuh*:(Alamat Penuh sepertimana yang digunakan untuk daftarkan simkad Tone Excel yang ingin diport in ini dulu) Kekal Nombor Lama Tone ExcelNo. HP yang anda gunakan sekarang. (tanpa Sempang contoh:0123456789)*:(Nombor HP Tune Talk bagi simkad Tone Excel yang ingin diport in ini) Kekal Nombor Lama Tone ExcelLine Lama (Spt Maxis/Celcom/Digi):(Telco lama bagi nombor lama yang ingin dibuat port in ini) Kekal Nombor Lama Tone ExcelNo Lama(No HP dari telco lama yang ingin dibuat port in ini).

Sesudah itu,sila tekan butang ‘Kekal No. Lama‘ yang terletak di bawah sekali dan selesai!!Anda kena tunggu paling lama 48 jam untuk mendapat sms balasan dari DEC Tone Excel yang memberitahu status permohonan port in ini.

Cara Lama Proses Port In/Kekalan Nombor Lama Tone Excel Menggunakan Sms.

Penerangan.

pt – Port In – Kod yang digunakan pada sms kekal nombor lama khusus untuk simkad yang sudah didaftarkan.
ad – Kod khusus bagi simkad yang akan didaftarkan samada dengan Mykad,kad polis/tentera atau passport.
nama– Nama penuh penuh individu yang berdaftar.Contoh: adnan bin rahim.
noSN – 8 digit no bg perkataan bertulis S/N yg ada di blkg simkad Tone Excel dgn abaikan 2 kosong di depan.
noPUK – semua lapan digit nombor bagi perkataan bertulis PUK yang terletak di belakang simkad Tone Excel.
noIC – Nombor ‘identity card’ atau Mykad tanpa ada tanda dash(-).
noPolisTentera – Nombor kad/waran polis atau tentera.
noPassPort – Nombor pass lawatan atau passport.
Alamat – Alamat penuh individu yg mendaftar tanpa poskod,daerah,negeri mahupun negara.
poskod – Poskod bagi alamat anda.
TelcoLama – Nama telco selain dari TuneTalk yang empunya nombor lama tersebut.Contoh: Maxis,Celcom,Digi,RedTone,YTLComms,XOX,Umobile,MTrade dsb.
NoLama – Nombor h/p telco lama tersebut.
NamaBank – Nama bank yang akan dimasukkan komisen nanti.
No.AkaunBank – Nombor akaun bank yang akan dimasukkan komisen nanti.
NoIDP – Nombor ahli WOW Tone Excel orang yang menaja anda.Anda akan berdaftar bawah dia dan dia akan jadi upline anda.Nombor ini bentuknya dalam gabungan IDP & angka yang diberi kepada semua pengguna simkad Tone Excel.Contoh IDP906435 ATAU idp906435.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel

Format Sms Port-In Untuk Kekal Nombor Lama Ke Tune Talk.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone ExcelBagi Individu Yang Guna Mykad.

pt(jarak)nama(jarak)noSN(jarak)noPUK(jarak)noIC(jarak)alamat(jarak)poskod(jarak)TelcoLama(jarak)
NoHpLama

Contoh: pt adnan bin rahim 83333333 84444444 860808115511 no.1 jalan jaya murni 4/6 53300 maxis 0129876543

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Nota: TelcoLama & NoHpLama letak selepas poskod

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel

Bagi Individu Yang Guna Kad/Waran Polis @ Tentera Dsb.

pt(jarak)nama(jarak)noSN(jarak)noPUK(jarak)noPolisTentera(jarak)tarikhLahir(jarak)alamat(jarak)poskod
(jarak)TelcoLama(jarak)NoHpLama

Contoh: pt adnan bin rahim 83333333 84444444 RF98765 08081986 no.8 jalan jaya murni 4/6 53300 maxis 0129876543

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Nota: TelcoLama & NoHpLama letak selepas poskod

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Bagi Individu Yang Guna Passport.

pt(jarak)nama(jarak)noSN(jarak)noPUK(jarak)noPassPort(jarak)Negara(jarak)tarikhLahir(jarak)alamat
(jarak)poskod(jarak)TelcoLama(jarak)NoHpLama

Contoh: pt adnan bin rahim 83333333 84444444 K176543 brunei 08081986 no.1 jalan jaya murni 4/6 53300 maxis 0129876543 

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Nota: TelcoLama & NoHpLama letak selepas poskod

Dah ‘confident’ betul sila hantar ke nombor ini sahaja: 014-7057769.Sms tersebut mesti dihantar guna simkad Tone Excel yang terlibat dalam proses Port-In ini.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel

Penerangan Tentang Proses Kekal Nombor Lama Ke Tune Talk.

Bagi pendaftar baru Tune Talk Tone Excel,terdapat banyak kelebihan sekiranya anda buat Port In @ Kekal Nombor Lama.Untuk proses kekalkan nombor lama ini,samada nombor lama tersebut postpaid (LINE) @ prepaid dari line 016,019,013,014,017 ataupun 012,anda boleh mendaftar.Jadi pendaftar baru tidak perlulah risau untuk terus bersama kekal dengan nombor lama tersebut.Selepas pendaftaran ke Tone Excel berjaya,semua pendaftar akan diberikan dengan nombor Tune Talk yang bermula dengan nombor 010 & 011 terlebih dahulu.Jadi sekarang anda mempunyai 2 nombor yang aktif & boleh dipakai.Selepas itu,samada 1 hari,minggu,bulan @ tahun anda boleh membuat permohonan Port-In pada bila-bila masa untuk memindahkan(Port-In) nombor lama tersebut ke line Tune Talk.Proses Port-In biasanya mengambil masa paling lewat 48 jam & paling awal 2 jam.Sekiranya berjaya line penyedia telco lama tidak lagi boleh diguna pakai & secara automatik nombor lama tersebut telah menjadi line Tune Talk.

Proses Port-In ini percuma.Anda boleh melakukannya dengan h/p dari line mana-mana sekalipun.Sekiranya anda ada 1 h/p,dengan line/sim kad lama ada di dalam h/p tersebut anda terus membuat proses Port-In.Tunggu dahulu biasanya dalam 1 @ 2jam anda akan mendapat balasan sms dari DEC Tone Excel yang memberitahu proses permohonan Port-In telahpun berjaya.Anda keluarkan sim kad lama tersebut & masukkan sim kad Tune Talk.Kemudian anda buat 1 sms dengan sim kad Tune Talk tersebut & hantarkan 1 sms(apa-apa sj) ke mana-mana nombor handphone.Nah,sekarang proses Port-In telah pun selesai.Kemudian keluarkan balik sim kad Tune Talk tersebut & masukkan kembali sim kad lama anda.Ini untuk membolehkan anda kembali berhubung dengan nombor lama tersebut seperti biasa.Anda perlu tunggu paling lewat 48 jam untuk mendapat balasan sms dari DEC Tone Excel untuk mengetahui status permohonan Port-In itu berjaya ataupun tidak.Sekiranya berjaya,anda akan terima sms telco no tel lama tersebut yang menyatakan talian dengan mereka telahpun di’terminate.anda akan dapati line sim kad lama yang ada dlm hp tersebut juga tidak aktif/berfungsi lagi.Anda keluarkan sim kad lama tersebut & masukkan sim kad Tune Talk.Selepas masukkan,sim kad Tune Talk tersebut ia memerlukan beberapa jam untuk ia berfungsi.Setelah anda dapati line Tune Talk tersebut sudah dapat dihubungi,maka proses Port-In tersebut dengan jayanya telahpun dilakukan.Jadi sekiranya anda ingin top up selepas itu,anda kenalah beli top up Tune Talk.Jika tidak berjaya,sila call DEC Tone Excel di talian 0111-5081515, 0111-5091515, 0111-5121515, 0111-5131515, 0111-5141515.Atau anda boleh live chat dengan CUSTOMER SERVICE  setiap hari dari jam 8 pagi-10 malam.Bersedia dengan maklumat i)Nombor tel,ii)Nombor tel Tone Excel yg anda buat Port-In tersebut,iii)Nombor IC/MyKad iv)Serial Number. Tekan butang ‘LIVE CHAT‘ kemudian beritahu customer service apa masalah.Setelah diberitahu apa sebabnya,kemudian anda pergi ke service center telco lama & selesaikan semuanya.

Syarat Yang Mesti Dipatuhi Dalam Proses Kekal Nombor Lama @ Port-In.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Sila Pastikan Nombor Nama & MyKad/IC Sama: Barulah anda boleh buat proses Kekal Nombor Lama @ Port-In.Pastikan nama & nombor MyKad/IC semasa mendaftar untuk mendapat nombor dari telco lama dulu sama dengan nombor IC semasa anda membuat pendaftaran dengan Tune Talk.Sekiranya anda tidak pasti nombor lama didaftarkan dengan IC siapa,sila buat ini.No 801002035111 gantikan dgn no mykad pihak anda:

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Pengguna Maxis >Taip: 801002035111 > Hantar ke 22011   Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Pengguna Celcom > Taip: BDAY STATUS > Hantar ke 28882   Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Pengguna DIGI > Taip: CHECKID 801002035111 > Hantar ke 20000   Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Pengguna U-MOBILE > Taip: VERIFY 801002035111 > Hantar ke 28011

Anda boleh ke service center telco lama untuk membetulkan segala kesilapan jika maklumat tersebut tidak tepat.Di telco lama tersebut,tukar nama & nombor MyKad/IC supaya sama dengan nama & nombor MyKad/IC  yang anda nak daftar @ daftar di Tone Excel.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Baki Kredit Dalam Nombor Lama:  Postpaid (LINE) – Proses Port-In bagi postpaid(line) ini biasanya mengambil masa 4 – 5 hari.** Selesaikan semua bil yang tertunggak.Bil semasa tak apa.Apabila sudah settle,tukar kepada prepaid dahulu kemudian baru buan Kekal Nombor Lama @  Port-In.Setelah selesai bil tertunggak,bagi nombor postpaid/LINE Celcom,anda diberi keistimewaan iaitu boleh terus Kekal Nombor Lama @ Port-In tanpa menukarnya kepada prepaid terlebih dahulu.** Bukan talian Supplimentary.Settlekan talian supplementary supaya jadi individual account/line.Bagi nombor Celcom,anda diberi keistimewaan boleh terus buat proses Kekal Nombor Lama @ Port-In walaupun ia masih akaun supplimentary.Anda kena jadikan ia akaun utama di Celcom dahulu kemudian baru buat Kekal Nombor Lama @ Port-In.**Pastikan juga anda tiada lagi kontrak dengan telco lama tersebut(kontrak telah tamat) @ anda boleh bayar penalty untuk tebus kontrak dsb.

Prepaid -Pastikan anda menghabiskan kredit pada nombor lama tersebut baru buat proses Kekal Nombor Lama @ Port-In.Boleh tinggalkan lebih kurang rm1 shj.Jikalau tidak nanti semua kredit tersebut hilang bilamana proses Kekal Nombor Lama @ Port-In telah diluluskan.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Simpan Semua Nombor Phone Yang Ada Dalam Sim Kad Lama: Samada simpan dalam memory @ phone.Jika tidak berbuat demikian,bilamana Kekal Nombor Lama @ Port-In telahpun berjaya,sim kad lama akan jadi expired & di’blocked’.Maklumat dalam sim kad tersebut tidak boleh lagi dicapai.Dengan ini semua nombor tel tersebut lagi boleh didapati balik & ia hilang begitu sj.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel Sekiranya Berlaku Selepas Proses Kekal Nombor Lama @ Port-In Berjaya: Semasa melakukan urusan perbankan online,selepas ‘apply no TAC & sms penerimaan nombor TAC tidak sampai ke dalam h/p mereka,caranya anda mestilah pergi ke mesin ATM bank masing-masing.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone ExcelMasukkan kad ATM & pada butang ATM tersebut anda pergi ke ‘No Phone Penerima TAC’.Tukarkan/setkan ia kepada mana-mana nombor h/p lain terlebih dahulu.Sesudah selesai keluarkan kad ATM.Kemudian masukkan semula kad ATM tersebut.Pergi ke menu yang sama iaitu ‘No Phone Penerima TAC’.Tukarkan/setkan semula nombor lain yang anda masukkan tadi kepada nombor asal (nombor Tune Talk sekarang).Pengalaman dari upline & pengguna lain,cara tersebut membuahkan hasil.Jika tidak berjaya juga,anda hendaklah hubungi pengurusan telco lama bagi penerangan mengapa ia tidak berjaya.Diingatkan,pihak telco lama hanya berurusan dengan pemilik nombor tel yang sebenar.Setelah selesai semuanya,anda boleh melakukan arahan Port-In sekali lagi.Cara yang paling mudah jika anda malas nak pergi ke mesin ATM,anda hanya perlu telefon sahaja Pegawai Khidmat Pelanggan bank anda tersebut.Suruh mereka tukar ‘No Phone Penerima TAC’ & insyaallah mereka akan tukarkan untuk anda.Anda hanya perlu menunggu dalam tempoh 1 jam untuk ianya aktif.Dengan ini lengkaplah segala proses kekal nombor lama.

Kekal Nombor Lama Tune Talk Tone Excel

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someoneShare on StumbleUponDigg thisShare on RedditBuffer this page