Kadar Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk.

Berapakah kadar caj panggilan dan sms Tune Talk / Tone Excel ini? Kadar cajnya adalah 28sen seminit bagi panggilan dan 10sen bagi 1 sms ke mana-mana nombor atau telco.Kadar ‘flat rate’ yang sama saja terdapat pada prepaid Tune Talk ini tidak terdapat pada telco lain yang rata-rata mengenakan kadar yang berlainan untuk ke telco sama dan telco lain.Mudah bukan?Tak rumit.Nak kira dalam kepala pun senang berapa caj yang baru saja digunakan dan anggaran baki yang ada.Persoalan yang perlu dirungkaikan dahulu adalah mahal tak rate ini?Persoalan asas yang sering menjadi alasan kepada orang di luar sana yang belum lagi menjadi penguna.Katanya kadar ini mahallah dan sebagainya.

Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk

Kadar Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk Berbanding Telco Lain.

Dengan nombor bermula dengan 010 dan 011,pengguna prepaid Tune Talk dihadiahkan bermacam kelebihan yang tidak pun terdapat pada prepaid lain.Sila lihat kelebihannya di sini.Pada 15 Jun 2015,sedikit perbezaan pada kelebihan yang disenaraikan iaitu untuk topup RM30,pengguna tidak lagi mendapat kredit RM10 percuma tapi digantikan dengan 1GB data internet bernilai RM25 yang sah dalam tempoh sebulan.Nilainya lebih tinggi daripada RM10.

Rungutan serta alasan yang mengatakan kadar caj panggilan dan sms TuneTalk / Tone Excel mahal tidak berasas sama sekali.Dikatakan di sini,kadar Tune Talk / Tone Excel tergolong dalam kategori sederhana dan lebih ke arah rendah yang tak ada masalahpun untuk kita menggunanya.Dengan kadar caj panggilan dan smsTuneTalk / Tone Excel yang ‘flat rate’,kadar telco lain pula berbeza untuk panggilan dan smsnya,sehinggakan kita pening kepala macam mana ia dikira.Tup-tup kredit dah habis.Ya itulah caj tersembunyi yang mengelirukan kita yang terdapat pada telco selain Tune Talk Tone Excel.Mengapa saya katakan sebegini.Di sini saya senaraikan kekurangan bagi telco yang dimaksudkan bagi mendapat rate yang dijanjikan yang kita sendiripun tak sedar dan tak ada masa nak ambil tahu.Anda mesti memenuhi terma dan syarat ini.

Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk Anda perlu lakukan tambah nilai dengan jumlah yang tertentu barulah dapat kadar caj yang diuar-uarkan.
Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk Dapat caj murah dengan buat panggilan dan sms pada waktu yang telah ditetapkan.
Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk Dapat caj murah dengan buat panggilan dan sms untuk hanya ke telco sendiri.

Rumusan Perbandingan Telco Tune Talk/Tone Excel Berbandingan Telco Lain.

Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk

Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk Ke Luar Negara.

Untuk kadar panggilan ke luar negara (panggilan IDD),anda boleh rujuk di sini dan cara membuat panggilan tersebut sila rujuk di sini.

Kadar Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk Hanya Sederhana.

Kadar caj panggilan dan sms Tunetalk yang sederhana akan dikatakan dalam kategori termurah seandainya seluruh keluarga kita menjadi pengguna setia prepaid Tune Talk/Tone Excel ini.Belum diambil kira pendaftaran 3 akaun sekaligus di bawah idp level 1 dan 2 masing-masingnya yang akan memberi pulangan dalam bentuk komisen topup,jadual di bawah akan memberi gambaran ‘Plan Keluarga’ yang jelas menunjukkan berapa murahnya kadar kos penggunaan prepaid tanpa anda sedari melalui prepaid Tune Talk Tone Excel.

Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk

Caj prepaid semasa telco terkenal,lama dan baru masing-masing berputar-putar mengikut peredaran masa dan perubahan caj panggilan dan sms telco pesaing.Ia bukannya tetap selalu.Masing-masing tidak terdaya untuk memberikan kadar yang betul-betul murah.Mengatasi pesaingnya dengan perbezaan sedikit telah memberi gambaran pada mata kasar yang ianya lebih murah tanpa diperhalusi.Amalan menghisap darah pelanggan yang telah lama diterapkan dalam telco masing-masing akan berterusan sehinggakan pengguna pening kepala yang mana harus jadi pilihan dan yang lebih teruk lagi sentiasa menukar telco serta tidak kekal lama dengan nombor yang satu.Melalui kadar Caj panggilan dan sms TuneTalk / Tone Excel yang terang dan nyata cajnya,kita dapat mengagak berapakah jumlah penggunaan yang telah dibuat.Walau di antara kita yang tidak berapa guna sms dan lebih menggunakan Facebook,Whatsapp,Wechat,BBM dll sebagai medium perhubungan,satu bonus besar perbezaannya ibarat bulan dengan bintang,perhubungan melalui sms jika kita menggunakan prepaid Tune Talk /Tone Excel,kita dapat menjadikan penggunaan prepaid ini sebagai kerjaya dan sumber kewangan yang kedua,tapi mungkin akan jadi yang utama bagi aliran tunai kehidupan seharian.Kalau anda jadikan falsafah berjimat saja dengan jadi pengguna tegar Tune Talk biasa di mana cajnya 10 sen 1 minit panggilan,5 sen 1 sms,25 sen 1 mms dan 5 sen 1 MB data,tidak ada apa-apalah yang diperoleh kecuali dapat berjimat dari benda yang ada itu.Caj Panggilan Dan Sms TuneTalkJadi ia dapat mengubah persepsi yang perhubungan percuma tanpa sms melalui kemudahan yang ada sekarang adalah lebih baik sedangkan anda sedang mencaturkan satu pilihan yang tidak sewajarnya tanpa memperolehi apa-apa pendapatan.Jadi selepas penerangan terperinci,alasan untuk kadar caj panggilan dan sms Tunetalk /Tone Excel tidak wajar ditimbulkan lagi.’Income’ dapat lagi,jadi tidak ada alasan kita membuka topik lama iaitu mahalnya caj panggilan dan sms Tunetalk.

Caj Panggilan Dan Sms TuneTalk

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someoneShare on StumbleUponDigg thisShare on RedditBuffer this page