Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk.

Tempoh sah kredit topup Tune Talk /Tone Excel atau dengan kata lain ‘validity period’ adalah masa sah yang terdapat pada kredit tersebut yang kredit topupnya boleh digunakan untuk buat panggilan dan sms.Tempoh sah kredit topup Tune Talk / Tone Excel dan tempoh sah simkad Tone Excel adalah berlainan.Tempoh sah kredit topup Tune Talk / Tone Excel adalah berbeza-beza mengikut nilai jumlah topup untuk sekeping kad topup.Semakin banyak nilai sekali topup Tune Talk / Tone Excel itu,semakin lama tempoh sah kredit tersebut.Tempoh sah simkad Tone Excel pula adalah sepertimana tempoh sah simkad telco lain juganya iaitu 45 hari.Hari ke-46 selepas pengaktifan simkad itu,jika tidak melakukan apa-apa topup,ianya akan luput dan boleh ‘say good bye’ kepada simkad tersebut(tidak boleh digunakan lagi).Sebelum bulan April 2014,nilai topup untuk sekeping kad mudah untuk kita kirakan iaitu dengan nilai RM5,RM10,RM15,RM20,RM30 dan RM50.Tetapi selepas GST diperkenalkan pada bulan April 2014,nilai untuk sekeping kad prabayar Tune Talk / Tone Excel menjadi seberti di bawah setelah ditambah jumlah GST.

Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk

Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk / Tone Excel Melalui Cara Topup Biasa.

Tempoh sah kredit topup Tune Talk melalui cara topup sekali-sekali menyebabkan tempoh sah tersebut tidak tentu.Bagi orang yang jarang bersms,mereka tidak menghiraukan sangat tempoh sah kredit tersebut yang tanpa disedari setelah nak buat sms emergency sudah tidak boleh.Terpaksalah topup lagi dan jumlah topup baru tersebut akan ditambah dengan jumlah topup yang tamat ‘credit validity’ tadi.Semua kredit terkumpul itu,sudah boleh digunakan semula untuk buat panggilan dan sms.Tapi harus diingat,tempoh sah kredit topup Tune Talk baru akan diberi pada nilai tambah nilai terbaru tersebut sahaja.Tambah nilai sikit-sikit,susah,sekejap dah tamat tempoh sah kredit.Tambah nilai terbaru juga secara automatik akan menambahkan lagi jangka hayat tempoh sah simkad Tone Excel tersebut.Tapi ianya sedikit rumit,sehingga kita tidak dapat mengagak bila tarikh terakhir kita buat tambah nilai.Semacam huru hara sedikit.

Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk / Tone Excel Dengan Kongsi Kredit.

Salah satu lagi cara nak lanjutkan tempoh sah kredit topup Tune Talk / Tone Excel dengan kongsi kredit / kredit transfer / share credit.Setelah lakukan proses ini,tempoh sah kredit topup Tune Talk,tempoh jumlah ‘share kredit’ yang baru diterima itu akan aktif untuk beberapa hari dan ianya akan mengaktifkan juga sekali baki kredit yang sedia ada yang telah ‘expired’ itu.Terdapat 2 cara untuk buat proses kongsi kredit / kredit transfer / share credit ini.Caranya.

Cara 1 Transfer Kredit (USSD Credit Transfer): Transfer kredit cara ini adalah dengan cara tekan kod *111# pada handpone yang akan hantar kredit.Pilih nombor 3(Kredit) > Pilih nombor 2(Transfer) > Masukkan nombor handpone yang meminta kredit diikuti butang * diikuti jumlah 3 ataupun 5 > Dial.Contoh: 0101234567*3 .Hanya 1 transaksi sahaja dibenarkan untuk jangkamasa 24jam(1 hari).Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj 50sen pada handpone penghantar kredit dan juga 50sen pada handpone penerima kredit yang akan ‘direct’ ditolak dari kredit yang ada dan diterima.Kalau nak transfer kredit RM3 baki mesti ada dalam handpone penghantar kredit paling kurang RM4.Kalau nak transfer RM5,mesti ada balance paling kurang RM6.Samada baki yang diterima dari transfer itu RM3 atau RM5,tempoh sah kredit topup Tune Talk / Tone Excel itu hanya untuk 2 hari sahaja.

Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk

Cara 2 Transfer Kredit (SMS Kredit Transfer): Pada handpone yang akan hantar kredit,ikut format RM<Jumlah><Jarak><Nombor Tune Talk Penerima Kredit>.Contoh: RM2 0101234567 .Hantarkan sms tersebut ke bombor 23232 .Boleh taipkan berapa saja berapa nilai yang ingin dipindahkan ke mana-mana nombor handpone dengan maksimum pemindahan adalah RM10 untuk tempoh 24jam(1 hari).Setiap sms permohonan dihantar samada berjaya atau tidak akan dicaj 10sen dan sekiranya berjaya akan dikenakan caj 50sen.Kesemua caj bagi transaksi berjaya adalah 60sen(10sen+50sen) dengan transfer kredit cara ini.Tempoh sah kredit topup Tune Talk / Tone Excel yang diterima akan sah mengikut jumlah yang ditransfer.Transfer RM1-2 akan ‘valid’ selama 1 hari dan RM3-10 akan ‘valid’ selama 3 hari.

Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk

Minta Kredit (Request Credit): Untuk format meminta kredit pula anda boleh ikut format RQ<Jumlah><Jarak>Nombor Tune Talk Bakal Memindahkan Kredit> .Contoh: RQ2 0107654321 .Jumlah minta kredit yang dibenarkan dalam 1 hari adalah maksima RM10.Setiap sms ‘request’ dari pemohon akan dicaj 10sen dari handpone peminta itu.Peminta mesti menerima reaksi dari bakal handpone penghantar kredit dahulu samada ingin memindahkan atau tidak.Andai disetujui dan kredit di’transfer’,peminta akan dicaj lagi 20sen menjadikan jumlah caj untuk 1 transaksi minta kredit yang berjaya ini adalah sebanyak 30sen(10sen+20sen) akan ditolak dari baki topup handpone peminta kredit.Tempoh sah kredit topup Tune Talk yang berjaya diterima bagi jumlah RM1-2 akan ‘valid’ 1 hari dan RM3-10 akan ‘valid’ 3 hari.

Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk

Untuk Tune Talk Biasa Sahaja : Cara Buat Tempoh Sah Kredit Topup Menjadi Setahun.

Bagi pengguna simkad Tune Talk / Tone Excel,penerangan untuk cara buat tempoh sah kredit topup menjadi setahun ini bukan untuk anda.Ianya hanya untuk pengguna simkad TUNE TALK BIASA SAHAJA.Untuk pengetahuan pembaca budiman,dipasaranTune Talk terdiri dari 2 jenis iaitu i)Tune Talk Biasa yang simkad & caj paggilan dan smsnya murah saja tapi anda tak dapat pendapatan apa-apa darinya. ii)Tune Talk / Tone Excel yang menjadi fenomena kepada kita ini.Buat tempoh sah kredit topup Tune Talk biasa menjadi setahun mungkin ramai yang tidak sedari.Mungkin artikel berkaitan perkara ini tidak terdapat banyak di dalam artikel dalam laman web berkaitan Tune Talk biasa tersebut di seluruh internet.Hanya terdapat di laman rasmi TuneTalk sahaja diterangkan dalam bahasa Inggeris yang membuatkan anda mengabaikan terus untuk membaca apa-apa sahaja dalamnya.Jadi,untuk itu saya teruskan dengan penerangan detail bagi langkah untuk perkara ini.Apa yang perlu kita buat untuk jadikan tempoh sah kredit topup Tune Talk biasa ini menjadi setahun adalah hanya korbankan hanya RM28 sahaja sebagai caj yang dikenakan oleh pihak Tune Talk.Dulu RM38,tapi sekarang tahun 2015 ianya RM28 sahaja.Baki topup yang mesti ada dalam handpone kita setelah ditolak caj ini adalah RM5.Satu transaksi untuk perkara ini akan dikenakan caj 10 sen.Tempoh Sah Kredit Topup Tune TalkJadi berapa kredit topup yang mesti ada untuk buat langkah ini?.Jumlah topup semasa yang mesti ada dalam simkad yang ingin dipanjangkan tempoh sah kredit topup Tune Talk biasa ini adalah paling kurang (RM28+RM5+RM0.10) = RM33.10.Tiada cuba-cuba,tiada ‘try-try’,segala langkah yang dibuat akan terus ditolak jumlah RM28 yang dinyatakan andainya berjaya.Jika tidak berjaya,ianya tidak akan dikenakan caj apa-apa.Jadi kira anda sudah ada topup paling kurang RM33.10,sila taip EXT dan hantarkan ke 2222.Sesudah selesai,anda akan hendaklah tunggu lebih kurang 30 saat sms dari Tune Talk yang memberitahu permohonan itu berjaya atau sebaliknya.Kalau berjaya,ok.Tapi ada juga yang tak berjaya bagi simkad mereka itu.Kalau tak berjaya,anda akan diminta untuk menghubungi pihak Kastemer Servis Tune Talk di no 13100.Jika anda nak periksa status permohonan,sila taip EXT STATUS dan hantarkan ke nombor 2222.Cubalah..Lepas ini kita boleh terus menggunakan cara komunikasi kegemaran kita iaitu melalui Facebook @ Whatsapp @ BBM @ Wechat tanpa risau tentang tempoh sah kredit topup Tune Talk.

Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk

Setelah perbincangan syarikat bagi jenama prepaid baru yang akan dikeluarkan ke pasaran iaitu Tune Talk bersama Celcom pada bulan Desember 2008,pihak Celcom bersetuju untuk memiliki sebanyak 38% saham dalam Tune Talk ini di mana line Tune Talk ini akan menggunakan prasarana/line Celcom 100%.Dengan ini Tune Talk mula berada di pasaran pada 19 Ogos 2009 dengan jenama sebagai Tune Talk biasa sahaja.Bukan Tune Talk Tone Excel yang dibincangkan hampir keseluruhan dalam topik ini.Setelah 5 bulan lebih berada di pasaran,pada 10 Februari 2010,satu lagi satu persetujuan dan acara tandatangan perjanjian kerjasama dilakukan oleh syarikat Tune Talk iaitu kerjasama dengan syarikat Tone Excel Sdn Bhd bertujuan menaikkan/memajukan lagi ‘brand’ Tune Talk ini melalui satu program yang diberi nama Program Referral WOW Tone Excel.Pada tarikh tersebut,terjadinya dan lengkapnya kerjasama antara 2 syarikat ini di mana syarikat  Syarikat Tone Excel Sdn Bhd ini adalah syarikat pembekal simkad untuk prepaid Tune Talk wajah baru ini dan juga syarikat yang bakal menjadikan line Tune Talk sebagai prepaid yang akan memberikan pekerjaan/sumber kewangan kepada pencinta bisnes berdasarkan simkad & topup ini.Program WOW ini dilancarkan secara rasminya dan mula beroperasi di pasaran 6 bulan kemudian iaitu 5 Ogos 2010.Begitulah sejarahnya.Jadi sekarang terdapat 2 jenis prepaid Tune Talk di pasaran dan anda boleh mengikut langkah yang telah disarankan masing-masingnya untuk lanjutkan tempoh sah kredit topup Tune Talk.

Tempoh Sah Kredit Topup Tune Talk

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someoneShare on StumbleUponDigg thisShare on RedditBuffer this page